Suatu hari, Pak Pandir pegi ke masjid untuk bersolat jemaah. Kebetulan dia membawa wang
50 sen dalam kocek bajunya. Pak Pandir bercadang, pulang dari masjid nanti dia mahu
belikan
gula-gula untuk anaknya. Ketika sedang rukuk, tiba-tiba wang 50 sen Pak Pandir terjatuh
dan
tergolek di hadapan saf jemaah lain. Mulanya Pak Pandir diamkan saja, tapi bila memikirkan
takut ada orang lain akan mengambil wangnya itu, Pak Pandir pun bersuara perlahan-lahan.
Pak Pandir : "Tolong jangan ambil duit aku tu ye!"
Jemaah 1 : "Eleh! Tak hairan setakat 50 sen kau tu!"
Jemaah 2 : "Wei, orang sembahyang mana boleh cakap!"
Pak Pandir : "Habis... yang kau bercakap tu!"
Jemaah 3 : "Nasib baik aku tak bercakap!"
No comments:
Post a Comment